Salam!!!
Wah! Cik Daya yang kepoh semakin giat menaip… (impress dgn diri sendiri!
) Di tempat keje rasanya saya xserajin ini! ngeh2!
Saya baru sahaja mengahabiskan bacaan tentang 20 fakta tentang wanita… Salah satunya “mengenali ragam wanita”! Setelah fakta-fakta tersebut diteliti oleh Cik Daya… memang ada betulnya! klau xsemua, rasanya 1 pun ade kan… Saya akui sebagai kaum Hawa mmg banyak ragamnya. Yela kita kan ade 9nafsu 1 akal – memang banyaklah karenahnya kan..
ok! mari kita lihat ragam yang pertama!
1. Salin dan hafal resepi…
Ini memang jadi kegemaran ramai terutamanya dikalangan mak-mak & mereka yang mahu atau baru mendirikan rumah tangga. Selalunya klau mak-mak ni memang die minat memasak (terutama surirumah). Tambah2 klau bulan ramadan – kan banyak rancangan mari memasak bersama …., juadah berbuka puasa bersama …., riang ria raya bersama…. dan banyak lagi la
klau yang bakal & baru mendirikan rumah tangga pula fasa-fasa sebegini la baru rajin nak salin resepi. Yela nak pikat hati pasangankan… Mula la tanye mak, mak mentua atau mereka yang arif macamana nak masak itu ini!
Orang tua-tua cakap nak pikat pasangan kene pikat perut mereka dulu
Habis diari harian dijadikan mangsa untuk salinan resepi
Tapi ada juga yang single yang rajin tau salin dan hafal resepi macammmmmm….. kawan saya! eh saya pun rajin jugak!!! rajin salin je dulu – aplikasi belum lagi
hahaha! saje tggu buku menimbun tggi!
hahaha! tp rasa ada betulnya fact ini…. memang ada wanita yg salin & hafal resepi
2. Teringat anak…
Ini khas untuk mereka yang ada anak.. nak-nak pula yang baru lepas melahirkan anak ataupun yang berjauhan dengan anak
bile tgk anak orang lain, teringat anak sendiri
kanak-kanak adalah satu perkara yang wajib untuk di-ingati selalu
tapi lain pula halnya denga si suami. kenyataan yang dikeluarkan mungkin berbunyi begini “tengok bini orang, terlupa bini sendiri!” wah wah! sungguh bahaya! hahaha! sila tlg jgn begini yaaaaa!!!
ya ya saya tahu anda semua lelaki yang baik – mst mau igt pasangan yaaaa!
tapi klau yang xada anak pun sama kut… cuma phase-nye berbunyi begini “tgk anak org, mcm nak anak sendiri”
3. Membeli-belah….
owh! ini saya rasa hampir kesemua wanita mengandungi hormon “beli-belah”. Klau ikutkan lelaki mempunyai kelajuan klau berjalan dgn wanita, tapi bile pandangan wanita terlihat “sales” atau barang kesukaan – langkah yang diaturkan ke tempat tersebut konfem laju & segera! Ini menandakan betapa pemurahnya wanita
hahahaha! nak-nak pula membeli hadiah utk pasangan! wahhhhhhh! tlg la rs bertuah ada pasangan sebegini!!!
4. Merajuk…
Hati kaum Hawa sememangnya sensitif…. Jadi merajuk tu salah satu ragam wanita! bila kami merajuk tandanya kami mahukan perhatian! ade juga kadang2 yang merajuk tp mkn hati sbb pasangan die xde hati nk pujuk…. huhuhu! (dalam hati Cik Daya berharap pasangan dia mempunyai hobi memujuk
) hehehe! Tapi bile merajuk jgnla over k! xelok dalam perhubungan! ini amaran sila ambil perhatian (tiba2 serius la plak!) Tapi jangan risau la…. hati Hawa ni sememangnya lembut, betul cara memujuk-cepatla reda rajuknya…
5. Suka warna merah…
Owh, betul sebab saya mula menyukai warna merah!!! Saya rasa warna merah sgt attractive! betul! xbohong! lihat sahaja calitan make-up – gincu merah, perwarna pipi merah, itu merah & ini merah! boleh dikatakan serba-serbi mesti ade la secalit merah!
6. Punca pergaduhan….
Mungkin kut… selalunya wanita ni keinginan rasa ingin tahu sangat tinggi dan kadang2 boleh mencetuskan pergaduhan. Lihat sahaja di FB, saya rasa lebih ramai wanita yang mengeluarkan kata2 benci dr lelaki…. maaf, ini dari perhatian saya. seboleh-bolehnya elakkan dr rasa yang dapat mencetuskan pergaduhan… bukan apa ‘Wanita Asia kan terkenal dengan lemah-lembutnya….
7. Kekasih sejati…..
Tahu tak antara orang yang paling disayangi wanita adalah pasangan dia!! so, kepada mereka yang berpacaran anda bertuah sebab anda adalah yang disayangi!!! tlg la rasa bertuah!! jadi jangan sia-siakan pasangan anda yeeee
mane tak sayang… tgk saja lah kes-kes yang terpampang di dada akhbar – “anak saya lari dr rumah ikut kawan lelaki yang baru dikenali”. Sanggup abaikan org yang melahirkan dan membesarkan tp mengutamakan orang luar! ish2! Sayang biar bertempat ye
Cinta memang buta tapi akal masih berfungsi kan!
8. Bersembang…
Nama pun peramah! hahaha mstla suke bersembang! ok pe… nanti klau senyap je kan xbest! nanti jadi u tgk i, i tgk u!! huhuhu…. tidak!!! bersembang ini mendatangkan kebaikan terutamanya dalam mengetahui isu-isu semasa!
hahaha! alasan
eh betul la…. banyak tau info yang dapat apabila kaum Hawa ni kuat bersembang! tp betulah sememangnya mereka ini rajin bersembang, lihat sahaja di kampung2 -klau petang2 tu mst ade yang bertandang ramai2 citer itu ini. Begitulah juganya halnya dibandar – apabila tiba sahaja waktu petang, bibik2 pun berkumpul sesama mereka dengan mengadakan forum di kawasan spot!
9. Membeli make-up…
Paling-paling kurang pun lip gloss, compact powder, eyeliner, facial set – salah satu ni mst ade! yela penambah perasa cantik pada muka
tp ni saya andaikan paling kurang pun 3 bulan sekali la utk topup balik mane2 perasa cantik yang habiskan. Yela mstla kene beli untuk memikat pasangan kan
Kang klau x make-up cakap xpandai nak berhias… mcm2 kan…
jadi para Adam klau mahu pasangan anda nampak cantik, hulur la skit ye $$ – untuk siapa lagi klau die nak menghias diri klau bukan utk anda!
10. Suka tengok cermin…
Waaaaa….. agak2 ramai x yang terasa???
hehehe! yela…. mst la kene tgk cerminkan. Dah make-up cantik-cantik pastu kene la verified make-up yg sudah dicalitkan ke muka tu cantik kan
sehari mesti wajib 2 kali ye lihat muka di cermin!
tambah-tambah plak klau ade yang nk g dating dgn pasangan kan…. paham-paham sendiri
11. Rabun…
yup, saya salah seorang peserta rabun!
dalam satu kajian ada tercatat bahawa wanita yamg memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dari lelaki! biasalah, kami kan “burning the midnigth oil” hahaha! tolong la akui!.. ngeh2!
12. Menghabiskan duit…
kami memang sangat suka menderma ke pusat beli-belah, pasar malam, kedai mamak, kedai runcit, kedai 5 ringgit n etc
tapi xleh caya gak – sedara lelaki saya (berusia 9tahun ke bawah), asal balik je kampung pergi kedai jajan yang berdekatan untuk membeli jajan & mainan… saya rasa apabila saya pulang ke kampung akan saya bawa balik pelbagai jajan dan mainan untuk dijual pada saudara-saudara kecil saya. Hati pun bernyanyi riang apabila bagi duit raya – mereka beli jajan & mainan saya – dapat balik duit raya untuk recycle!
13. Kurang bercakap…
Yang tertulis dibuku berbunyi… Menjelang bulan puasa, kebanyakkan wanita tidak banyak bersembangkosong tetapi mereka lebih suka membeli-belah lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan! Anda nilai sendiri
sebab saya rasa walaupun bulan puasa aktif juga, yela nak jual baju, kain, kuih raya n etc… cari $$ lebih untuk persiapan perayaan
hehehe…
14. Berkecil hati…
Hati wanita sememangnya sensitif dan sgt2 mudah tersentuh. Dalam sehari kadang2 ada je perkara yang membuatkan mereka berkecil hati atau tersentuh hati… xkira lah dengan sesiapa pun.. Cuma kadang kala mereka ni pendam je, yela nak jaga hati org lain punya pasal – xpelah klau hati sendiri terasa
Silalah prihatin dengan kami!
15. Bijak berbelanja…
Ok saya sudah malas mahu olah ayat. Baca sahaja ayat yang dituliskan yaaa… Wanita diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak, terutamanya dalam urusan perbelanjaan. Begitu juga ketika keluar makan bersama kawan lelaki, mereka jarang mengeluarkan belanja (eh ini saya nak betulkan… lelaki itu sendiri yang nak belanja – kami hanya akan berkata-kata dalam hati “rezeki jangan ditolak” sambil berdoa agar yang membelanja dimurahkan rezeki
amin… ) Tapi kadang kala terlebih bijak berbelanja pun memakan diri juga! bijak sangat berbelanja sampai diri tersepit
16. Ketahanan badan…
Menurut perangkaan, daya ketahanan organ tubuh wanita adalah rendah. paling lama cuma setakat umur 50tahun. Selepas itu, kebanyakkan gigi mereka akan tanggal (umur 49 cepat2 tempah gigi palsu!) , diserang sakit lutut (minum anlene dari sekarang please!) dan sebagainya..
17. Menyimpan kuku…
Salah satu kegemaran wanita ialah menyimpan kuku (bukan saya!). Ada yang rasakan seolah-olah ia kelihatan menarik dengan kuku yang panjangdan diwarnakan dengan warna-warna tertentu…. hmmmm…
ok! tu saja yang termampu saya tulis-tulis, conteng-conteng, coret-coret dan sebagainya! harap-harap kamu enjoy yeee!
Gambar ini pula menunjukkan wanita yang ske tgk cermin digital kamera, bijak berbelanja, suka warna merah, kurang bercakap (waahhh!!!), bakal kekasih sejati tapi masih akan guna akal jika diperlukan
, teringat anak & rabun!!! hahaha..
p/s : klau pic ini semua dilihat oleh en. wan – mesti akan dikritik kerana terlalu kuning!
K la…. pape pun… sampai disini saja yeee (sgt penat!)
Wasalam




