Aidiladha-ku pada 2010…

Posted: November 22, 2010 in Uncategorized

Salam!!!

Sungguh tiada keinginan ke tempat kerja pagi ini… Cabaran membangunkan diri sendiri dari katil sgt mencabar. Asyik memberi peluang jam bergerak setiap lima minit sambil berkata-kata dalam hati ~ 5 minit lagi! :P

Okay saya sgt2 happy minggu lepas! sebabnya bos saya sgt2 baik dgn membenarkan penukaran hari cuti saya!!!! TERIMA KASIH BOS! TERIMA KASIH SGT2!! weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!

Raya Haji tahun ini saya raikan di ipoh! feels so good to be there! tapi cabaran sungguh perjalan ke ipoh… setiap saat doa dipanjatkan agar selamat sampai ke kampung tercinta. Sepanjang perjalanan hujan sangat2 lebat, konfemlah hati gundah gulana sbbnya saya tiada co-pilot! nak2 pulak bw anak dara org!! haih… Alhamdulillah akhirnya selamat juga sampai ke destinasi pertama iaitu rumah keluarga Sharifah Najiah!

Sampai je depan rumah najie, disambut meriah oleh ahli keluarga najie! terutama sekali ayah & mak najie! mereka berdua sgtx9999 peramah ok! bagus x anak dara macam saya br ddk 3 minit terus ke tempat meja makan (selepas dijemput mkn oleh mak n ayah najie yeee)yang dipenuhi di pelbagai lauk masakan melayu!!! nasi plak panas2 memang xpandang kiri kanan da.. (klau mcm ni kat umah mentua konfem esk tu buah hati sampaikan hajat mak die – you kene reject dr jd calon menantu :P ) ops, bukan salah saya! xterdaya nak tolak pelawaan ahli keluarga najie untuk menjamu selera di rumah mereka setelah sebelum ni ditolak atas sebab tertentu… punya baiknya mereka sampaikan sebelum kereta masuk ke kawasan TAPAH mereka menelefon najie, dan selepas itu najie meluahkan kata2 ini “weih, mak aku suh ko singgah makan, dia da hidang makanan atas meja!” saat tu mmg terdiam tanpa kata… cewah! honestly said, sangat2 sedap k!!!! menu istimewa rendang pedas ayam yg masih hangat-hangat lagi dihidangkan! sedap wooo! time kasih makcik!

p/s: klaula ko ade abang najie……….. dah lama aku hantar resume jadi menantu yg hendakkan mentua sebaik dan peramah seperti ur parents najie!!!! :)

Malam (hari selasa) pukul 12.++ barulah saya selamat sampai ke desa tercinta! angkut harta karun yg dibawa dr kota raya ke dalam rumah, bersihkan diri yg sememangnya harum wangi, tunaikan tuntutan solat isyak dan……. bummmmm!!! ahhhh!!! sedapnye dapat hempaskan badan diatas comforter, luruskan kaki, berselindung dibawah selimut dan pejamkan mata yg sangat2 layu….. krrooohhhh! dengan aman damai menikmati waktu tidur!!! sehinggakan makcik2 saya bergurau senda sehingga riuh serumah pada pukul 2.00pagi pun saya xsedar!

Esoknya, sangat bersemangat bangun pagi tunaikan perkara wajib di subuh hari… then badan lemah tgk tempat tido – apalagi sambung la selagi waktu belum mencecah pukul 7.00am :) then bangun balik secepat mungkin kerana tidak mahu dapat nombor corot utk ke bilik mandi! :P hahaha! dalam nak merebut bilik mandi sempat lagi mama bersuara “nurul nak mandikan, mandikan mija skali!” terpaksalah mengheret anak kecil itu untuk mandi bersama eh silap untuk dimandikan :P hahaha! apabila sudah siap apalagi pekena kopi o secawan sebelum mempersiapkan diri ke masjid Kampung Kepayang Fair Park!

sungguh bertuah sebabnya saya masih lagi berpeluang berjalan kaki untuk ke masjid! dr rumah ke masjid adalah dalam 600-700meter… sangat suka memungut pahala yang free sambil menikmati suasana kampung dan melihat gelagat org lain! selesai menunaikan solat sunat aidiladha…. sebelum pulang ke rumah, saya dan ahli keluarga yang lain menziarahi pusara nenda & moyang.. semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman… seronok tgk pokok ditanam dipusara mereka hidup sihat! :) pulang ke rumah sebelum berpatah balik ke masjid bagi melihat upacara korban… sampai dirumah, saya yang terkorban dulu oleh pelbagai menu & juadah yang disediakan oleh makcik-makcik yang pakar memasak! dr menu eropah sampailah ke juadah melayu… perrghhhh! mengancam nafsu selera saya! meja penuh!!!!! sampai pening saya nak makan yang mana 1… huhuhu!! spageti, rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh, rendang tok n etc!

Setelah gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati, saya bersama-sama saudara-mara ke kawasan dimana lembu & kerbau berjasa akan dikorbankan…. Kesian memang kesian tetapi setiap perkara yang dituntut oleh Islam ada balasan yang akan menanti buat mereka yang melakukan korban termasuklah haiwan yang dikorbankan… Lihat betapa Pemurahnya DIA….

Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah SWT selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu.” [Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah]

Dan bagi mereka yang bekemampuan melakukan korban jalankanlah kewajipan sunat itu kerana……

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?”. Rasulullah menjawab: “Itulah sunnah ayahmu Ibrahim.” Para sahabat kembali bertanya: “Apakah yang kita akan peroleh dari udhiyyah itu?” Rasulullah menjawab lagi: “Pada setiap helai bulu (daripada binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan.” [Riwayat Ahmad dan Ibn Majah]

Pengobanan buat cinta yang Agung! :)

Semasa dan selepas menyaksikan penyembelihan haiwan yang dikorbankan… masih sempat lagi beraksi utk tatapan anak cucu di kemudian hari :P ngeh2!

Bersama salah seorang peserta korban :) aunty ain!

Sungguh khusyuk melihat aktiviti korban...

Adam - Si Genius!

dari kiri - candidate SPM bagi tahun 2010, anis @ maya karam, si cilik uk yang pulang ke m'sia..

si kecil yang selalu membawa soalan ini kepada saya "tatak nak pegi mana?", "tatak, anje nak main game hp bole?" & "tatak, jom main kite main nak?" - rindu!! -

TERIMA KASIH!

ceria dipagi raya bersama pakcik & makcik! p/s: sempat jugak uncle mencelah :P

 LASTLY….. TADAAAAAAAA

Kami mengucapkan…..

SELAMAT MERAYAKAN AIDILADHA…. :)

 

Ampun dan maaf dipinta…..

Jadilah : umpama laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang lata… :)

Wasalam……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s