Salam semua!
Semalam saya, mama & lil’ mija ke sebuah kedai buku di PKNS Shah Alam. Kami menghuni di kedai tu kira-kira 2-3 jam. Saya pun mula la aktiviti selak menyelak helaian demi helaian buku-buku yang ada… Tiba-tiba sangat tertarik dgn tulisan ini… Sungguh berkesan
Ya Allah, jika jodoh saya sudah menghampiri nanti,
Janganlah saya terpaksa membuat pilihan banyak.
Temukan sahaja jodoh yang serasi dengan saya,
Yang bersedia menerima saya seadanya.
Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata
Tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga.
Moga jodoh saya nanti menyayangi emak dan abah sebagaimana saya menyayangi mereka.
Moga jodoh saya nanti mengambil berat kebajikan emak dan abah sebagaimana saya ingin menjaga kebajikan mereka.
Biar nanti perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati,
Malah menjalinkan ukhwah antara keluarga.
Bagaikan isi dengan kuku.
Ya Allah, yang penting temukanlah jodoh yang sudi menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri.
Yang saling kasih-mengasihi sehingga akhir hayat nanti.
Sama ada saya atau ataupun dia yang sakit atau dipanggil olehMu dahulu,
Kami saling setia sehingga akhirnya kami menemuiMu, di Firdaus yang satu.
Ya Allah, jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurgamu
Dan menemui jodohnya si ’bidadari bermata jeli’ berikanlah saya peluang ya Tuhan
Melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan.
Sekadar di pinggiran.
Cukuplah untuk saya tahu dia berada di situ….. Travelog Cinta Abadi
OK ini lah dia buku yang saya gembar-gemburkan itu….

Travelog Cinta Abadi
Dari pemerhatian saya, penceritaan tidak begitu berat, simple, padat & most of the thing happen in our life. Ia berdasarkan kisah penulis sendiri… apa yang penting – unsur-unsur Islam diterapkan dalam TCA.
Sebenarnya saya belum lagi berpeluang membeli buku ini sebabnya saya sudah mendapatkan buku lain. Insyallah sekiranya tiada halangan akan saya dapatkan buku ini untuk bacaan saya sepenuhnya. Kepada anda yang suka menbaca novel, silalah dapatkan buku ini dikedai berhampiran… tak rugikan klau kita membaca
Wasalam………
Like this:
Be the first to like this post.