Salam….
Hmmm…. susah betul nak lelapkan mata… haih… waktu hampir ke pukul 2am!!! haih… byk benda yang bermain di minda…
Harap dengan kedatangan Syawal dapat membuka lembaran baru dalam hidup!
Saya akui…. dengan kedatangan Syawal ini, banyak sekali perkara yang saya hargai…
Saya sangat hargai seluruh ahli keluarga saya yang selama ini sentiasa berada disisi…
Saya hargai sahabat handai yang saya miliki…
Saya hargai dengan apa yang saya ada sekarang…
Dan saya amat berterima kasih pada Dia yang satu kerana telah memberikan segala yang saya ada sekarang…
Terima kasih pada Dia yang memberi peluang pada saya untuk bernafas sehingga saat ini…
Terima kasih pada Dia yang memberi peluang pada saya untuk bertaubat dan memohon maaf di atas segala kekhilafan yang telah saya lakukan…
Terima kasih pada Dia yang memberikan ujian untuk saya hadapi sebagai tanda sayangNya pada umatNya…
Terima kasih pada Dia yang telah memberikan rezeki untuk saya nikmati…
Terima kasih pada Dia kerana mengurniakan pada saya sebuah keluarga yang bahagia…
Terima kasih pada Dia yang memberikan saya rakan-rakan baik…
Terlalu banyak perkataan terima kasih yang tak terucap…..
Persoalan tentang jodoh (maklumla balik beraya ni banyak betul yang tanya…)
Saya akui… sepanjang saya berdoa selepas menunaikan solat lima waktu ataupun solat sunat, jarang sekali saya berdoa mengenai jodoh…. Banyak doa saya ditujukan untuk keluarga, rakan dan saya… Mungkin disebabkan ini saya masih lagi belum berjumpa… Apapun yang ketentuanNya, saya terima dengan hati yang redha… Banyak perkara yang saya rasa lebih penting terutamanya membuatkan kedua orang tua saya bahagia dari memikirkan perkara lain…. Apabila ada yang bertanya -ada sejarah silamkan?- tidak, tiada sejarah silam yang membuatkan saya begini tetapi mungkin faktor rasa tanggungjawab sebagai anak sulung.. Dan saya akui – saya seorang yang takut menggalas title org yang ‘berpasangan’…
Sbbnya…
saya takut saya akan lukakan hati mama dengan menghabiskan masa yg banyak bersama pasangan dr keluarga sendiri…
saya takut saya akan lukakan hati mama terutamanya dengan mengutamakan org lain…
saya takut saya akan lalai dengan tuntutan agama…
saya takut kurangnya masa utk saya menghambakan diri kepada Dia…
Ya, saya serahkan segala-galanya pada Dia…. Hanya Dia yang Maha Mengetahui
Saya tahu, ada yang mungkin tidak sependapat dengan saya… Sbb anda beruntung kerana anda mempunyai pasangan yang menjaga semuanya…
Jadi bersyukurlah!
Phew! Jam pun sudah mencecah pukul 2am…. should stop by now!
Wutever it is….. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dalam hidup anda!
Wasalam……….


